
PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan siasatan terperinci serta tindakan audit keselamatan terhadap syarikat treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Kluang pada Khamis lepas.
Ketua Pengarahnya Aedy Fadly Ramli berkata, siasatan dijalankan untuk mengesan sama ada syarikat itu mematuhi atau tidak aspek teknikal ditetapkan dalam laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan.
Katanya, pihak JPJ sudah menjalankan siasatan sebaik sahaja kemalangan berlaku, mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
“Setakat ini, belum ada keputusan daripada hasil siasatan, selain kita juga masih menunggu keputusan laporan daripada pihak polis,” katanya, lapor Bernama.
“Selepas kertas siasatan ini siap…