
SEREMBAN: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di sini pada Khamis lepas disahkan meninggal dunia malam ini.
Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata mangsa yang berusia 17 tahun itu meninggal dunia pada 7.23 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) sejak 6 Mac lepas.
“Mangsa adalah penunggang motosikal jenis Honda Vario yang dinaiki bersama rakan lelakinya berusia 13 tahun yang juga parah dan masih dirawat di hospital sama.
“Dua lagi yang terlibat dan dirawat di hospital itu ialah pemandu dan penumpang Honda Jazz masing-masing berumur 18 dan 17 tahun,” katanya dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal dinaiki…