Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nahas LRT bertembung: Prasarana komited capai ‘penyelesaian adil’

today15 May 2024

Background


rapidKL
Nahas melibatkan dua tren di Laluan Kelana Jaya pada Mei 2021 menyebabkan 213 orang cedera termasuk 47 yang mengalami cedera serius.

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Bhd berkata ia komited memastikan penyelesaian adil untuk penumpang yang terlibat dalam nahas LRT tiga tahun lalu, susulan cadangan supaya saman terhadap pengendali pengangkutan awam itu diselesaikan di luar mahkamah.

Prasarana dalam kenyataan berkata ia “secara aktif meneliti penyelesaian adil” dengan pihak terlibat menerusi syarikat insuransnya, Allianz general Insurance Company Bhd.

“Prasarana ingin mengulangi kesediaannya meneliti penyelesaian adil dan sedang mengambil langkah untuk mengadakan perbincangan bersama pihak terlibat.”

Prasarana berkata susulan nahas berlaku, pihaknya menghubungi semua penumpang terbabit dan menawarkan bantuan kewangan khas serta kaunseling.

Menurutnya, bantuan kewangan turut melibatkan perbelanjaan perubatan dan rawatan susulan untuk penumpang berkenaan.

“Daripada penumpang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post