Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nahas maut Lebuhraya KL-Karak: Pemandu lori direman 4 hari

today31 March 2025

Background


Semalam dilaporkan 3 maut manakala 4 lagi cedera dalam nahas melibatkan 5 kenderaan termasuk sebuah lori di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Kuantan. (Gambar Facebook)

KUANTAN: Seorang pemandu lori direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kemalangan yang mengorbankan tiga sekeluarga di KM50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Kuantan semalam.

Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki berusia 52 tahun itu direman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 selepas ditahan di IPD Bentong petang semalam.

“Pemandu terbabit mempunyai empat rekod saman lampau dan ujian saringan air kencing didapati negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan tiga individu maut manakala empat lagi cedera dalam nahas melibatkan lima kenderaan, iaitu sebuah lori, Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan kereta Subaru.

Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta Honda Accord iaitu Wong Kean Yeap, 29, dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post