
Kertas siasatan berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori Jabatan Imigresen yang menyebabkan tiga sekeluarga maut akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tujuan pertuduhan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Zamzuri Isa berkata, keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan meneliti kertas siasatan kes.
“Setelah meneliti kertas siasatan, pengarah pendakwaan negeri (Kuala Lumpur) mencadangkan supaya kertas siasatan dirujuk kepada ketua unit Bahagian Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, AGC di Putrajaya.
“Kertas siasatan itu akan dibawa sendiri oleh pengarah pendakwaan bersama pegawai penyiasat pada 20 Ogos (esok) bagi tujuan pertimbangan sebarang pertuduhan,” katanya dalam kenyataan.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi tadi,…