
PETALING JAYA: Pemandu kereta berwarna merah yang tular menggilis wanita hamil dalam nahas maut di KM264 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, Ipoh, Ahad lalu tampil beri keterangan.
Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata keterangan itu dirakam di IPD Ipoh, semalam.
“Keterangan telah dirakam dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menilai keterlibatan kenderaan tersebut dalam kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, beliau berkata pemandu kereta jenis Perodua Bezza, yang juga suami mangsa, dimaklumkan masih trauma susulan kejadian.
“Lelaki itu menghadapi kesukaran memberi keterangan kerana terdapat 15 jahitan di dalam mulut. Dia masih tinggal bersama keluarganya di Tanjung Malim.”
Abang Zainal Abidin berkata, ahli keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis pada 10.42 malam semalam berkaitan…