
PUTRAJAYA: Laporan awal siasatan pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis lepas akan disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian nahas tersebut.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), telah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bermula pada tarikh kejadian.
“Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan, dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan,” menurut kenyataan kementerian.
Tambahnya, siasatan yang dijalankan bukan bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti.
Oleh yang demikian, kementerian memohon bantuan orang awam atau…
