Perakam suara itu, salah satu komponen kotak hitam, ditemukan oleh pasukan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara, menurut polis.

SHAH ALAM: Polis mengesahkan bahawa pasukan penyiasat sudah menemukan perakam suara kokpit pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam petang tadi.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, perakam suara itu, salah satu komponen kotak hitam, ditemukan oleh pasukan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara.
Perakam suara itu telah dibawa ke makmal untuk dianalisis, tambahnya.
Apabila ditanya berapa lama masa diperlukan untuk melengkapkan analisis tersebut, Hussein berkata: “Itu saya tak boleh jawab.”
“Itu bergantung kepada Bahagian Siasatan Kemalangan Udara,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Sementara itu, berhubung kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan…