Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nahas Terowong Menora: Netizen Berang Pemandu Lori Kongsi Video Rindu Treler – “Nyawa Tak Boleh Dibeli!”

today16 May 2022

Background

Insiden pilu membabitkan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kilometer 245.2 arah Utara – Selatan masih memberi kesan dihati seluruh rakyat Malaysia.

Namun, apa yang mengejutkan, disaat seluruh negara bersedih dan berdukacita dengan insiden terbabit, seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai @kishok3535kumar tampil berkongsi video meluahkan rasa rindunya terhadap treler kesayangannya yang merempuh lima pelajar terbabit beserta kapsyen dan tanda pagar nombor plat kenderaan tersebut.

“Saya sangat rindukan kesayangan saya. Kembalilah #JPL9925,” tulisnya.

Justeru itu, warganet yang menyedari perkara terbabit berang dan tampil ‘menyekolahkan’ pemandu ini dengan menyatakan sebuah lori tidak mampu dinilai dengan kehilangan lima nyawa pelajar dan perasaan keluarga mangsa.


Bagaimanapun, pemandu lori treler berkenaan bertindak memadam video terbabit selepas warganet membanjiri ruangan komen Tik Tok miliknya dengan pesanan ‘makan dalam’ sekaligus menyifatkan pemandu lori tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.

Sementara itu, tampil individu lain menjelaskan bahawa pengguna Tik Tok berkenaan bukanlah pemandu sebenar yang membawa lori treler terbabit namun, mempunyai kaitan sama ada beliau merupakan kelindan atau pemilik kenderaan berkenaan.

 

Written by: Aqilah


Previous post