Hot FM

Naik gaji kurang risiko rasuah, Cuepacs tak setuju kenyataan Azam


Setiausaha Agung Cuepacs Abdul Rahman Mohd Nordin berkata kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki memberi imej buruk kepada penjawat awam.

PETALING JAYA: Cuepacs tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki bahawa usaha membanteras rasuah tidak boleh dilakukan semata-mata dengan menaikkan gaji penjawat awam.

Setiausaha agungnya, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata kenaikan gaji dapat mengurangkan risiko rasuah dalam kalangan penjawat awam yang kini terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.

Katanya, kenaikan kos sara hidup dan desakan untuk kehidupan yang selesa menyebabkan ada segelintir penjawat awam mudah tergoda dengan godaan pemberi rasuah.

“Bila ada kenaikan gaji, risiko rasuah dapat dikurangkan. Ia (rasuah) tak boleh dihapuskan sebab kos sara hidup kini meningkat, ramai orang tak mampu.

“Perasuah-perasuah ini bertindak menggoda, itu yang mudah terpengaruh kerana mereka (penjawat awam) nak hidup yang selesa,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version