Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Naik harga barang, perkhidmatan, kementerian panggil 10 syarikat

today14 June 2024

Background


Menteri  Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Ali berkata notis bertulis kepada 10 syarikat itu dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memanggil 10 syarikat yang mengumumkan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan susulan penyasaran subsidi diesel baru-baru ini.

Menterinya Armizan Mohd Ali dalam kenyataan berkata notis bertulis kepada 10 syarikat itu dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, 10 syarikat itu terdiri daripada tiga syarikat pengangkutan, tiga syarikat bahan binaan, dua syarikat makanan dan minuman serta dua perusahaan sewaan jentera.

“Syarikat yang dikenalpasti ini diminta untuk memberi penjelasan berkaitan kewajaran untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan,” katanya.

Armizan berkata, dua syarikat sudah dipanggil semalam untuk memberi penjelasan dan selebihnya akan hadir…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post