Menerusi laporan Berita Harian, pembuat laksam dan laksa lemak, Miswati Yah, 40, berkata dia terpaksa menghentikan jualan hampir sebulan lalu kerana ketiadaan santan dan harga bahan tersebut yang telah naik.
“Harga kelapa parut pun sudah mencecah hingga RM18 sekilogram namun oleh kerana tiada pilihan untuk menyiapkan tempahan pelanggan saya terpaksa membelinya.
“Saya menjual laksam dan laksa lemak dengan harga RM 3.30 sebungkus ketika harga santan antara RM17 hingga RM18 sekilogram. Sekarang sudah mencecah RM20 sekilogram, kalau ingin teruskan perlu naikkan harga,” katanya.
Menurutnya, santan semakin sukar untuk didapatkan sejak awal bulan Syawal di samping terpaksa membeli kelapa dan memprosesnya sendiri untuk santan.