Hot FM

Naik taraf Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9 siap 2026


DATUK SERI ALEXANDER NANTA LINGGI-
Alexander Nanta Linggi mendengar taklimat pada Program Turun Padang Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT 3210 di Pekan Batu 9, Hulu Langat hari ini. (Gambar Bernama)

HULU LANGAT: Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026 bakal memberi manfaat kepada 52,000 pengguna jalan raya.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata projek dengan kos RM123.66 juta itu sepatutnya siap pada 2025, namun terpaksa dilanjutkan berikutan masalah pengambilan tanah dan pemindahan utiliti.

“Ini semua untuk mengurangkan kesesakan serta demi keselesaan dan keselamatan pengguna sebab kawasan ini sedang membangun, jalan sedia ada sudah tidak mampu menampung pertambahan trafik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek itu di sini hari ini.

Nanta berkata program turun padang itu bertujuan memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan di samping aspek keselamatan di tempat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version