Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Najib belanja dana untuk politik, bukan peribadi, mahkamah diberitahu

today7 November 2023

Background


Najib Razak berdepan perbicaraan melibatkan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang berkait dana 1MDB RM2.28 bilion dideposit dalam akaun AmBank miliknya. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu kebanyakan dana diterima bekas perdana menteri, Najib Razak, pada 2013 digunakan bagi politik dan bukan tujuan peribadi.

Pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Foo Wei Min, memberitahu mahkamah ketika perbicaraan 1MDB Najib bahawa beliau ditugaskan menyiasat resit Najib dan penggunaan dana dalam akaunya 10 tahun lalu.

Sebelum ini, Foo memberitahu mahkamah beliau menyiasat aliran wang daripada bon USD3 bilion, melalui 1MDB bagi membangunkan Tun Razak Exchange (TRX).

Katanya, beliau mendapati ada sebahagian dana masuk dalam akaun peribadi Najib.

Hari ini, Foo berkata pihak yang menerima dana daripada Najib melibatkan sama ada individu atau entiti yang mempunyai latar belakang politik.

Mahkamah diberitahu bahawa antara 2 dan 14 Ogos 2013, Najib…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ho Kit Yen