Pendakwa Raya Ad-Hoc V Sithambaram berharap keputusan mahkamah tertinggi akan menutup kes SRC International.

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak sudah menggunakan semua saluran dalam usahanya membuat rayuan terhadap kes rasuah SRC International, kata Pendakwa Raya Ad-Hoc V Sithambaram.
Pada sidang media, Sithambaram berkata beliau berharap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Najib untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes SRC akan membawa penutupan kepada kes itu.
“Keputusan Mahkamah Persekutuan juga merupakan satu pewajaran bahawa pertuduhan terhadap Najib adalah sah dari segi undang-undang dan bukan pertuduhan politik.
“Kepada ahli politik dan pesalah lain yang berkemungkinan, pendakwaan ini menunjukkan bahawa tiada siapa di negara ini berada di atas…
