
PETALING JAYA: Juri di Amerika Syarikat diberitahu Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low mendakwa Najib Razak dan seorang sheikh Arab Saudi antara pegawai yang perlu dibayar untuk mendapat kelulusan mengumpul dan membelanjakan berbilion dolar dana 1MDB.
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner yang merupakan saksi utama pendakwaan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, menerangkan sistem pembayaran itu kepada juri di Brooklyn, New York, pada Rabu, lapor Bloomberg.
Leissner mendedahkan satu pertemuan di rumah Low di Mayfair, London, di mana ahli perniagaan buruan itu menamakan individu yang menurutnya perlu disogok. Dalam senarai itu ialah pegawai dari Malaysia dan Abu Dhabi, termasuk Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, Timbalan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu.
Leissner memberitahu juri, Low menyatakan sheikh itu enggan berganjak daripada USD100 juta.
Sheikh…