

Pergerakan bekas perdana menteri Najib Razak hari ini bukan hanya melibatkan urusan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang, menurut Jabatan Penjara.
Jabatan Penjara berkata Najib juga menghadiri temu janji pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan susulan di jabatan ortopedik.
Selain itu, Najib ke Penjara Kajang untuk mengikuti sesi pengajian Al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan sesi kaunseling bersama pegawai psikologi.
“Setelah selesai semua urusan tersebut, beliau telah dibawa pulang dari Penjara Kajang pada jam 5.50 petang dan sampai ke rumah di Jalan Langgak Duta pada jam 6.25 petang,” menurut kenyataan.
Kenyataan ini menyusuli laporan media berhubung pergerakan Najib di luar kediamannya hari ini. Menurut Jabatan Penjara, pergerakan Najib bermula pada 10.25…