
KUALA LUMPUR: Seorang saksi bagi pihak pendakwaan beritahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib Razak lantik ketua pesuruhjaya SPRM baharu untuk henti siasatan ke atas kes rasuah SRC International dan 1MDB.
Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin kata Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai ketua pesuruhjaya badan antirasuah itu pada Julai 2016, menggantikan Abu Kassim Mohamed.
“Saya terima arahan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas 1MDB. Saya tak ingat siapa beri arahan itu. Saya perlu tengok kertas siasatan,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
Pada Julai 2015, satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada pegawai dari Jabatan Peguam Negara (AGC), SPRM, Bukit Aman, dan Bank Negara memulakan siasatan susulan laporan bahawa jutaan dolar AS diremit dari luar negara ke akaun-akaun peribadi…