Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Najib nafi dakwaan pengaruhi Sirul

today25 November 2023

Background


Sirul Azhar Umar ditemubual Al Jazeera selepas dia dibebaskan daripada tahanan imigresen Australia. (Gambar Al Jazeera)

PETALING JAYA: Najib Razak menafikan dakwaan beliau cuba mempengaruhi atau menutup mulut bekas pengawal keselamatan, Sirul Azhar Umar, yang disabit kesalahan atas pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Bekas perdana menteri itu sebaliknya menggesa Sirul menamakan dalang di sebalik pembunuhan tersebut, susulan temubual Sirul dengan Al Jazeera.

Najib dalam kenyataan menerusi firma peguamnya, Shafee & Co, menggesa Sirul supaya menunjukkan keberanian dan mendedahkan sebarang maklumat yang diketahuinya, agar keadilan dapat ditegakkan.

Sirul dalam temubual itu secara tidak langsung bercakap tentang seorang ahli politik, namun enggan menamakan individu yang dia dakwa mengarahkan pembunuhan itu.

Menurut firma peguam Najib, temubual itu “membayangkan suatu kenyataan kabur bahawa anak guam kami berusaha campur tangan atau mempengaruhi Sirul,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post