
PETALING JAYA: Anak perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa berkata bapanya “sangat, sangat kecewa” dengan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan tidak memberikan pengampunan penuh.
Beliau berkata demikian dalam catatan di Instagram selepas melawat Najib di penjara semalam.
Katanya, beliau bertanyakan perasaan bekas perdana menteri itu selepas menerima keputusan Lembaga Pengampunan.
“Daddy jawab, disappointed, very very disappointed. Perasaan paling teruk adalah ketika dalam keadaan terkejut, tiada seorang pun di sisi yang kita boleh beritahu. Anda mengelamun bersendirian.”
Najib dan keluarganya sering mendakwa beliau tidak bersalah.
Beliau berdepan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah RM42 juta dana SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Nooryana berkata, beliau ternampak “keletihan di mata bapanya” kerana perlu dipenjara…