
KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat dalam kes 1MDB Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas perdana menteri itu tidak membenarkan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu pada masa itu mengakses dana yang dikumpul untuk membangunkan Tun Razak Exchange (TRX).
Nur Aida Arifin, pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, sejumlah USD3 bilion telah dikumpul untuk projek itu oleh Goldman Sachs, melalui terbitan bon.
Dana itu diperoleh selepas 1MDB menjalin usaha sama dengan Aabar Investment PJS pada 2012 untuk membangunkan TRX, katanya.
Aida berkata, menerusi siasatannya, didedahkan bahawa Najib memberitahu Hazem Abdul Rahman agar tidak “menyentuh” dana USD3 billion itu.
“Walaupun dana itu dimaksudkan untuk TRX, Najib membenarkannya dilaburkan dalam dana pelaburan…
