
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM2 bilion dimasukkan dalam akaun bank AmIslamic milik Najib Razak, antara Mac dan April 2013, Mahkamah Tinggi diberitahu.
Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, berkata wang terbabit dimasukkan dalam sembilan transaksi ke akaun milik bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan digit “9694”.
Katanya, jumlah sebenar dipindahkan adalah dalam US dolar bernilai USD681 juta.
Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-37, tidak memperincikan sumber dana berkenaan ketika membaca penyataan saksi.
Dalam pernyataan pembukaan pihak pendakwaan sebelum ini, mendakwa sejumlah RM2 bilion dimasukkan dalam akaun itu berpunca daripada syarikat berkaitan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Bagaimanapun, pihak…