Sebaik sahaja wanita asing itu masuk ke dalam keretanya, impresi pertama yang muncul adalah sesuatu yang tidak positif apabila dia mendedahkan bau badan wanita terbabit begitu tidak menyenangkan.
“First impression dah teruk, bau badan dia macam orang tak mandi seminggu. Oh damn! okaylah aku decide buka tingkap jelah.
“Perjalanan bermula, macam biasalah kita tanya nama dari mana, nak ke mana and so on. Tapi gaya dia menjawab berlagak gila! Dia bagitau dia dari negara sekian-sekian, lepastu tanya kami tahu ke negara dia? Kami pernah ke luar negara ke? Eh, ingat orang kau je travel, kami tak reti travel? Aku dah pergi dekat 30 negara kot.
“Tapi malaslah nak balas sebab gaya dia memperkecilkan kami. Kami travel road trip sewa kereta berminggu-minggu takda nak travel cheapskates menumpang macam kau ni ye. Aku dah start geram masa ni, lepastu aku malas nak sembang, dia diam jela. Aku buka lagu kat spotify aku yang connect dengan player kereta.
“Tak habis kat situ eh, dia complain…
