
PETALING JAYA: PAS mengingatkan Umno supaya tidak meletakkan syarat ‘Puteri Gunung Ledang’ sekiranya ingin bekerjasama.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sekiranya Umno meleletakkan syarat “berat” itu, ia tidak akan memenuhi hasrat yang sama.
“Kita seboleh mungkin kalau boleh nak pakat tiga parti dan kita pun tahu, dua parti bagus, tapi tiga (parti) lagi bagus, kita kena ambil yang terbaik,” katanya dalam sidang media selepas Ceramah Jentera PAS Selangor yang disiarkan secara atas talian.
Tuan Ibrahim berkata demikian selepas diminta mengulas tiga tuntutan dikemukakan Umno jika mahu menjalinkan kerjasama politik bagi berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum itu,…