
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen supaya menunggu pilihan raya akan datang jika hendak “bermain politik”.
Sultan Ibrahim menegaskan tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan negara.
Baginda turut mengingatkan semua pihak menghormati kerajaan perpaduan yang dibentuk.
“Semua pihak mestilah menerima kenyataan dan hormati kerajaan perpaduan yang telah dibentuk. Kalau nak ‘main politik’ tunggu pilihan raya akan datang (PRU16),” titahnya dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat.
BERITA LANJUT MENYUSUL