Hot FM

Nak masuk PH, jangan kerjasama dengan Warisan, Muda diberitahu



Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah Razeef Rakimin berkata Muda tidak perlu menempel ke sana sini hanya untuk menang. (Gambar PKR)

PETALING JAYA: Akar umbi PKR dilihat terus “menyindir” sejauh mana komitmen Muda susulan parti itu berhasrat menyertai Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Kali ini, Timbalan Ketua Penerangan PKR Sabah Razeef Rakimin, mahu Muda terus memutuskan sebarang kerjasama dengan Warisan memandangkan parti itu tidak lagi mesra PH.

Beliau turut menyelar kenyataan Ketua Muda Sabah Amos Thien, yang masih mengharap kerjasama dengan Warisan, ketika Muda sudah meluahkan hasrat menyertai PH.

“Keputusan Warisan memutuskan hubungan dengan PH turut diumumkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan parti itu, baru-baru ini.

“Muda perlu belajar lagi dalam berpolitik dan bukan menjadi sebuah parti yang menempel sana sini untuk menang. Malah, status Muda dengan Pejuang sehingga hari ini masih belum ada noktah daripada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version