Site icon Hot FM

Nak turun jawatan PM, bawa usul undi tak percaya, Anwar cabar pembangkang


Anwar Ibrahim mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat pada Okt ini sekiranya mahu beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat pada bulan depan.

Beliau berkata pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesanya untuk ‘turun’ daripada jawatannya.

“Ada 30 orang (pembangkang) suruh Anwar turun. Ingat negara dia, tak ikut hukum.

“Kalau nak suruh turun, bawa usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat Okt ini. Bawa usul cepat, kalau lambat pun saya luluskan,” katanya semasa berucap di Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Stadium Axiata, Bukit Jalil.

Ini bukanlah kali pertama Anwar mencabar Perikatan Nasional untuk membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat.

Anwar membuat cabaran serupa pada 11 Jan tahun ini dan 6…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version