Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nama Aeril Zafrel & Wawa Zainal Kena Petik… Didakwa Tolak Gaji Staff 35% – “Gila Punya Statement!”

today23 February 2023

Background

Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel meluahkan rasa berang apabila sebuah portal hiburan mendakwa dia dan isteri telah bertindak memotong gaji pekerja.

Menerusi hantaran di Instagram, Aeril memuat naik tangkap layar yang memaparkan berita mengenai dakwaan tersebut yang turut menggunakan gambar dia dan isteri, Wawa Zainal.

Tidak berdiam diri, Aeril mempersoalkan kesahihan dakwaan tersebut kepada portal berkenaan dan kenyataan yang dibuat adalah tidak masuk akal sama sekali.

“Kau dapat info dari mana ni?

“Aku ni siap bagi bonus lagi tahun lepas! Gila punya statement!” tulisnya.

Terdahulu, tular di laman twitter apabila seorang individu mendakwa terdapat sebuah syarikat yang dimiliki sebuah pasangan yang dikenali ramai bertindak memotong gaji pekerja sebanyak 35 peratus.

Lebih panas, syarikat tersebut juga dikatakan berjaya meraih jumlah jualan yang tinggi pada tahun lalu. Individu tersebut juga mendakwa potongan gaji bukan sahaja melibatkan pekerja biasa malah melibatkan bahagian designer dan marketing.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian itu, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap luahan tersebut malah ada juga yang tertanya-tanya syarikat milik pasangan manakah yang terlibat.

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Zii Jia kini duta LG

Petaling Jaya: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia mendapat tonik baru dalam misi pemburuan pingat emas di Olimpik Paris 2024.

today23 February 2023