Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Kim Pan Gon dari Republik Korea sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, Harimau Malaya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe.
Menurut kenyataan rasmi daripada Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, jurulatih yang berusia 53 tahun itu dijangka tiba di Malaysia pada awal Februari 2022 bersama-sama empat pembantunya iaitu seorang penolong jurulatih, seorang jurulatih penjaga gol, seorang jurulatih kecergasan dan seorang juruanalisis.
Bagaimanapun, nama individu yang menjadi pembantu Kim Pan-gon akan diumumkan kemudian selepas diteliti oleh Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell.
Setiausaha agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar melalui kenyataannya dalam Bernama mendedahkan seorang jurulatih tempatan yang mempunyai ‘nama besar’ antara 10 individu yang berminat untuk jadi…