Hot FM

Nama besar PKR kalah setuju ‘move on’


Nik Nazmi K Saraswathy Adam Adli Akmal Nasir
(Dari kiri) Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan K Saraswathy, Ketua Pemuda Adam Adli dan pendahulunya Akmal Nasir antara pemimpin tinggi kalah di peringkat bahagian.
KUALA LUMPUR:

Nama besar PKR yang kalah pada pemilihan bahagian bulan lalu termasuk Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad dan K Saraswathy setuju ‘maju ke depan’, kata ketua penerangan parti.

Fahmi Fadzil berkata, semua pemimpin berkenaan setuju tidak lagi mempertikaikan keputusan pemilihan selepas audit, yang mana menunjukkan tiada bukti pencerobohan dalam sistem ‘blockchain’ atau gangguan pihak ketiga.

Katanya, tiada manipulasi data atau kecacatan sistem.

“Tidak kira siapa yang menang atau kalah, kita mahu semua ahli parti perlu memastikan usaha dan agenda kerajaan Madani dapat dilaksanakan dengan baik sehingga tamat penggal,” katanya dalam sidang media.

Beberapa nama besar parti kalah pada pemilihan bahagian bulan lalu kepada ahli parti kurang dikenali, menjurus aduan kepada kemungkinan penyelewengan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber: