KUALA LUMPUR: Akaun Facebook yang menggunakan gambar profil Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan nama ‘Fadillah Yusof’ atau username ‘@fadillah.yusof.2024’ adalah akaun palsu.
Perkara tersebut dimaklumkan Fadillah menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya, hari ini.
Beliau berkata akaun palsu direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan laporan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut.
“Akaun Facebook ‘Fadillah Yusof’ yang menggunakan gambar profil saya bukan akaun milik saya. Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar menerusi akaun berkenaan,” katanya yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Beliau turut memaklumkan akaun rasmi Facebooknya adalah pada pautan https://www.facebook.com/fadillahyusof194?mibextid=ZbWKwL , manakala akaun Facebook peribadi di pautan Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: