Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nama Selalu Dipetik Bakal Dapat Gelaran Datuk, Erra Fazira Beri Komen: “Ramai Lagi Artis Senior Yang Layak”

today30 August 2024

Background

“Itu adalah rezeki, kalau ada rezeki Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, tak mengapa,” demikian respons penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Erra Fazira setelah namanya sering terpalit antara selebriti layak menerima gelaran Datuk.

Ketika ditemui XTRA, Erra atau nama lengkapnya, Fazira Wan Chek, 50, beranggapan bahawa lebih ramai lagi pengiat seni lain lebih layak untuk menerima gelaran tersebut.

Meskipun begitu, aktres filem popular Sembilu ini menghargai pendapat orang ramai atas pengiktirafan tersebut.

“Saya tidak mengambil pusing akan perkara itu sebab saya melihat sendiri ada ramai artis senior yang lebih layak kerana mempunyai jasa dan bakti untuk mendapat gelaran tersebut.

“Pada saya itu adalah pendapat orang ramai dan terima kasih kerana sedikit sebanyak ia menjadi satu penghargaan untuk saya. Walaupun tiada gelaran, namun apa yang mereka fikir dan rasa, itu sangat bermakna buat saya,” katanya.

Erra berkata demikian ketika ditemui di siang media program Kilauan Emas yang berlangsung di Mid Valley pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu terkenal Pasrah ini teruja diberi peluang untuk mengendalikan tanggungjawab sebagai juri tetap bagi program tersebut.

“Saya teruja apabila dipanggil semula untuk menjadi juri kerana Kilauan Emas adalah sebuah program yang berbeza dari program yang lain.

“Ia merupakan sebuah program yang membuka peluang kepada warga emas untuk mengetengahkan bakat mereka.

“Saya akan nilai dari semua aspek iaitu vokal dan persembahan,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Kita Terjerat Nak Suruh Anak Berdikari Tapi Perlu Lepaskan…” – Keselamatan Negara Merisaukan, Erra Fazira Kukuh Pantau Engku Aleesya

Artikel Berkaitan: Didoakan Kembali Bersama Engku Emran, Ini Jawapan Erra Fazira

Artikel Berkaitan: Sambut Birthday Anak Bersama Erra Fazira, Engku Emran Titip Ucapan Manis Buat Engku Aleesya

Written by: Salma


Previous post