Nama yang diinspirasikan daripada bunga memang menarik, sebagai contoh, Cempaka, Mawar, Lily, Daisy, Flora, Jasmin, Inggrid dan banyak lagi.
Jika kita lihat orang yang namanya diinspirasikan daripada nama bunga ini juga, biasanya memang cantik padan dengan namanya.
Jom kita tengok nama artis mana yang sama dengan nama bunga.
HALSEY
Untuk pengetahuan anda, nama sebenar Halsey adalah Ashley Nicolette Frangipane. Diinspirasikan daripada bunga frangipani, nama pentas Halsey sengaja ditukar supaya ia lebih sesuai dengan muzik Pop yang dibawa olehnya dan baginya nama Halsey itu lebih menarik dan mudah diingati oleh orang ramai.
MAWAR RASHID
Model dan pelakon tanah air iaitu Mawar Rashid atau nama sebenarnya ialah Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid ini pun sudah jelas dan nyata namanya sama seperti nama bunga. Sekarang ini, Mawar Rashid lebih manis dengan penampilannya bertudung. Memang cantik sangat!
DAHLIA SHAZWAN
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Akak Trivago yang sering muncul di kaca televisyen ini kan? Nama sebenarnya memang Dahlia Shazwan binti Mohd Amin dan nama Dahlia itu pun sebenarnya adalah nama bunga yang berasal dari Mexico. Woah! Patutlah lain macam aura Akak Trivago ini kan!
ROSE BLACKPINK
Salah seorang anggota girl group terkenal BLACKPINK pun ada yang bernama Mawar tau, tapi dalam versi bahasa Inggeris iaitu Rosé BLACKPINK. Nama Inggeris Rosé yang sebenar ialah Roseanne Park sebab dia lahir di New Zealand dan tinggal di Australia sejak kecil. Untuk nama Korea Rosé pula ialah Park Chae-young yang juga membawa maksud pengumpul kelopak bunga atau pemberani.
Siapa lagi nama artis anda tahu yang sama macam nama bunga? Atau mungkin ada di antara anda yang nama memang nama bunga?
