Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nama Terpalit Senarai Blockout 2024, Mira Filzah Bersuara… Tampil Beri Bukti

today14 May 2024

Background

Pelakon, Mira Filzah tampil bersuara setelah namanya tersenarai dalam gerakan boikot selebriti Malaysia #Blockout2024 iaitu artis yang tidak menunjukkan rasa belas kasihan terhadap Palestin yang sehingga kini masih direjim Israel dan membeli barangan boikot.

Menerusi ciapan di platform X, Mira berkata dia kerap berkongsi mengenai keadaan rakyat Palestin dan doa kepada mereka yang dalam keadaan perang sejak Januari lalu.

“Dari Januari 2024 dah repost, bukan ‘dan-dan,” katanya membidas tuduhan netizen yang mengkritik Mira baru sahaja kongsi mengenai Palestin di media sosial miliknya gara-gara tidak mahu diboikot.

Mira Filzah

Sementara itu, dalam ciapan lain, aktres filem Sangkar ini turut mendedahkan bukti-bukti memaparkan tangkapan skrin dia berkongsi semula isu perang Palestin di Instagram miliknya.

“Siapa yang datang semata mata nak stalk sahaja rasa “dan dan” repost. Siapa yang dah lama follow or memang follow, mesti tahu apa yg saya selalu repost. Meh saya tunjuk ya.

“Sebelum 12hb Mei, (sebelum this trend block jadi viral) pada 10hb, 9hb, 8hb, 7hb pun saya ada repost,” katanya.

Mira Filzah

Dalam masa sama, Mira sempat memberi peringatan untuk menjaga penulisan masing-masing sebelum melemparkan fitnah dengan sewenang-sewenangnya kepada orang lain.

“Saya bercakap ini untuk semua. Just do whatever you wanna do, nak block just block, tapi tak payah sampai keluarkan kata kata yang tidak baik. Its #blockout bukan #makiout. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala,” katanya.

Mira Filzah

Artikel Berkaitan: Kecewa Dituduh Artis ‘Berperangai Syaitan’, Mira Filzah Bidas Individu Mulut Celupar – “Tak Pernah Baling Barang Pada Orang”

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Poster Faisal hiasi Lebuhraya Persekutuan

Kuala Lumpur: Solidariti kepada pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid terus menjadi 'skala besar' menerusi poster kempen 'Stand With Faisal Halim, Stop The Violence' dipaparkan menerusi papan media elektronik.

today14 May 2024