Azizuddin Sani berkata gabungan persekutuan memanfaatkan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat Kedah terhadap Menteri Besar Sanusi Nor.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan dan Barisan Nasional harus memanfaatkan ketidakpuasan hati terhadap Sanusi Nor dan menamakan calon gabungan itu untuk jawatan menteri besar Kedah, sekiranya mahu merampas negeri itu daripada Perikatan Nasional, kata penganalisis.
Azizuddin Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata rakyat Kedah mungkin bimbang tentang hubungan tidak baik antara kerajaan pimpinan Sanusi dengan Putrajaya.
Beliau berkata sesetengah pihak dalam PN menganggap Sanusi sebagai liabiliti dan mahu pemimpin PAS itu digantikan.
“Tingkah laku menteri besar Kedah sekarang terhadap kerajaan persekutuan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah mengejutkan. Hubungan tidak baik itu akan memberi kesan kepada rakyat…
