Mesti ramai yang standby melekat depan TV3 lebih-lebih lagi untuk drama pukul 7 yang tengah hangat diperkatakan sekarang kan?
Tidak lain tidak bukan drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang ketika ini sudahpun sampai ke episod kemuncak di mana Mia Adriana (Siti Saleha) telah mengetahui Puan Hayati (Jasmin Hamid) merancang untuk meruntuhkan rumahtangganya dengan Khuzairi (Shukri Yahaya).
Di sebalik babak sedih pada episod 24 yang ditayangkan, terselit kebahagian pada watak Sofi (Wan Sharmila) yang sudahpun bernikah kembali dengan bekas suaminya Helmi (Syazwan Zulkifly).
Menerusi ruangan komen, rata-rata menyatakan bahawa mereka dilihat begitu serasi dalam drama, malah ramai yang mendoakan agar mereka benar-benar disatukan.

Apa-apa pun, korang dah ready belum nak menangis untuk episod 25?