
Ketua satu parti di Sarawak mempertahankan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Alexander Nanta Linggi, daripada desakan meletak jawatan sebagai menteri kerja raya susulan kenyataan baru-baru ini mengenai perbalahan politik dan hubungan persekutuan-negeri.
Presiden Parti Bumi Kenyalang, Voon Lee Shan, berkata kenyataan Nanta dalam temu bual radio yang menzahirkan rasa tidak puas hati dengan perbalahan politik antara Malaysia Timur dan Barat, hanyalah mencerminkan kekecewaan dirasai ramai rakyat Sarawak berhubung isu yang masih belum selesai.
Voon berkata, tiada keperluan bagi Nanta meletak jawatan daripada Kabinet persekutuan, memandangkan kenyataannya tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan atau mendedahkan maklumat rahsia.
Desakan agar Nanta meletak jawatan itu datang pemimpin DAP Perak, Aziz Bari, yang merupakan…