Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Nasib Baik Ada Kawan’ – Pemuda OKU Hampir Jatuh Selepas Laluan Ke PBAKL Dihalang Gerai Di Kaki Lima

today10 June 2022

Background

Umum mengetahui Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2022) sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan ramai orang terjah ke sana untuk berjumpa penulis serta membeli buku yang dikehendaki.

Akan tetapi, perjalanan ke WTCKL yang tidak menyenangkan dikongsi oleh pengguna Twitter @faiztobeng apabila terpaksa berdepan kesukaran untuk melalui laluan pejalan kaki berdekatan WTCKL disebabkan sikap pentingkan diri penjual di kaki lima.

Mana tidaknya, Faiz yang merupakan golongan orang kurang upaya sukar untuk melalui laluan pejalan kaki kerana barang jualan peniaga yang diletakkan di laluan pejalan kaki.

Bukan itu sahaja, Faiz yang berkerusi roda dilihat hampir jatuh ketika cuba mengelak langgar barang jualan dan peniaga itu dikatakan tidak mengambil peduli langsung dengan situasi tersebut.

Nasib baik ketika itu dia datang bersama rakannya, maka dia dibantu oleh rakan untuk melalui laluan tersebut. Untuk pengetahuan anda, itu satu-satunya laluan untuk naiki lif yang jadi penghubung PWTC ke Sunway Putra.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa berang melihat situasi tersebut. Malah, para netizen berpendapat perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana ia bukanlah tempat untuk berniaga.

Bukan itu sahaja, para netizen juga tidak bersetuju dengan sikap sesetengah pihak yang hanya memikirkan keuntungan tetapi menyusahkan pengguna jalan yang lain.

Rata-rata netizen juga mahu pihak berkuasa cakna dengan isu ini yang bukanlah baru dan sering terjadi. Malah, para netizen juga cadangkan solusi kepada permasalahan ini dengan membesarkan kawasan pejalan kaki dan juga tidak membenarkan penjualan di kaki lima yang menyusahkan pengguna lain.

Written by: Mimieyuzi


Previous post