Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Nasib Baik Johan Pro! Ozlynn Selalu Gosok Baju Sampai Berlubang & Terbakar

today6 February 2024

Background

Pelakon Ozlynn meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan sering membantunya melakukan kerja-kerja rumah lebih-lebih lagi dalam tugas menggosok pakaian.

Akui trauma dengan kejadian menggosok baju sehingga terbakar, Ozlynn boleh menarik nafas lega kerana tugas itu kini diambil alih oleh Johan.

β€œSiapa macam saya risau nak gosok baju? Saya pernah gosokkan baju mak, tak tahu apa yang salah sehingga berlubang baju sutera itu.

β€œJadi, saya fobia sampai sekarang.

β€œMemang kalau pergi mana-mana tanpa pembantu, dia (Johan) yang akan tolong gosok baju saya,” katanya.

Sebelum mereka mendirikan rumah tangga, hal tersebut telah diberitahu kepada Johan dan dibincangkan bersama-sama.

β€œMemang kami sudah bincang hal ini sejak dulu lagi, sebelum saya lubangkan baju-baju yang sedia elok, lebih baik dia yang gosok.

β€œSampai sekarang memang Johan yang akan gosok semua baju,” jelasnya.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi sebuah video di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Rozlinawaty Ismail itu mendedahkan sejak kecil lagi sehinggalah dia remaja, bapanya yang melakukan kerja-kerja menggosok baju tersebut.

β€œKeluarga saya tidak pandai gosok baju sebab dari kecil abah yang buat semua selain turut mencuci baju serta kasut sekolah kami.

β€œAbah bekerja sebagai anggota beruniform, jadi dia sangat cerewet dan cukup teliti apabila gosok baju.

β€œKesannya, semua anak-anak tidak tahu gosok baju,” ujarnya.

Written by: Aqilah


Previous post