
PETALING JAYA: MCA perlu kekal bersama Barisan Nasional (BN) kerana tidak mempunyai masa bermula dari bawah jika ingin bergerak secara solo pada PRU16, kata penganalisis politik.
Pemerhati berpendapat MCA yang hanya mempunyai dua kerusi Parlimen (Ayer Hitam dan Tanjung Piai) serta sebilangan kecil Adun tidak mempunyai kekuatan untuk bersendirian, malah dibimbangi mengalami nasib lebih buruk.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berpendapat dalam keadaan sekarang MCA dilihat tidak selesa berada dalam BN kerana kerjasama Umno dan DAP di bawah kerajaan perpaduan.

“Duduk dalam BN namun tidak diambil endah, (tetapi) kalau keluar pun akan jadi lebih teruk lagi kerana akan gagal meraih simpati pengundi bukan Melayu dalam tahap ini.
“MCA perlu bekerja keras bukan di luar lingkungan tetapi kekal dalam BN,” katanya…