Gabungan dua figura versatil, Hazamin Inteam dan Wan Ajaib diumumkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden baharu Persatuan Munsyid Malaysia, sekali gus membuka lembaran segar buat industri seni suara Islamik.
Artikel Berkaitan: ‘Situasi Yang Berlaku Kepada Inteam Sekarang, Anak-Anak Baru Kenal Kami’
Fenomena Nasyid!

Jika sebelum ini nasyid sering dikaitkan dengan nostalgia zaman kaset dan konsert di dewan sekolah, kali ini dua nama besar ini datang dengan misi lebih besar iaitu ‘rebranding’ nasyid untuk generasi digital.
Hazamin yang sinonim dengan kumpulan Inteam dan berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia dakwah seni berkata, dia ingin mengangkat martabat naysid ke tahap lebih tinggi.
Kami tak nak nasyid terus statik dan hanya dikenang. Kami nak bawa ia terbang lebih tinggi dari pentas konvensional ke alam digital, dari sekolah ke Spotify!
Manakala Wan Ajaib yang terkenal dengan pendekatan kontemporari dalam menyampaikan mesej keislaman berharap nasyid lebih mudah…