
PETALING JAYA: Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Nazri Aziz menafikan mesej tular di media sosial yang mendakwa Jabatan Negara AS menurunkan hierarki kepentingan diplomatiknya berikutan keengganan Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai organisasi pengganas.
“Tidak benar dan, yang lebih penting, saya tidak rasa begitu. Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga masih diundang ke persidangan Apec (Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik) di San Francisco (minggu depan).
“Malah semasa taklimat Jabatan Negara AS baru-baru ini bagi sidang kemuncak Apec, hanya saya dan duta Filipina wakil Asean yang hadir,” katanya kepada FMT dalam mesej WhatsApp.
Nazri diminta mengulas mesej yang tersebar di media sosial mendakwa beliau dan hierarki protokol kedutaannya diturunkan empat peringkat manakala Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam kekal di kedudukan masing-masing.
Menurut mesej daripada sumber yang tidak…