Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nazri senada Pemuda Umno, tolak pilihan raya PBT cara lama

today27 November 2026

Background


NAZRI AZIZ
Nazri Aziz berkata pertandingan atas tiket parti politik hanya akan membawa perpecahan hingga ke peringkat akar umbi.
PETALING JAYA:

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Nazri Aziz berkata beliau sependapat dengan Pemuda Umno bahawa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak wajar dikembalikan jika calon masih bertanding atas tiket parti politik.

Beliau turut menafikan kenyataannya dua hari lalu bermakna beliau menyokong cadangan Pemuda MCA sebaliknya menegaskan persetujuannya terhadap pengembalian pilihan raya itu tertakluk kepada beberapa syarat.

Bekas menteri undang-undang itu berkata pertandingan atas tiket parti politik hanya akan membawa perpecahan hingga ke peringkat akar umbi.

“Bentuk dulu itu apa? Bertanding atas parti. Itu tidak boleh. Sebab kita membawa politik sampai ke akar umbi.

“Sampai bila kita akan dipecahkan mengikut parti politik?” katanya dalam kenyataan.

FMT pada Rabu melaporkan Nazri menyokong pengembalian pilihan raya PBT bagi membolehkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post