
KUALA LUMPUR: Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ahmad Fauzi Ismail dianugerahkan Hadiah Mustafa 2023, anugerah dwitahunan berprestij bagi meraikan pencapaian luar biasa cendekiawan dan saintis Islam yang dianjurkan sejak 2015.
Menurut UTM dalam kenyataan, pencapaian itu amat bersejarah dan bermakna memandangkan Fauzi merupakan rakyat Malaysia pertama dan warga rantau Asia Tenggara kedua dinobatkan sebagai penerima Hadiah Mustafa.
Fauzi kini sebaris dengan cendekiawan terkemuka termasuk Samia J Khoury dari Lebanon dan Murat Uysal dari Turki dalam kategori cendekiawan daripada negara Islam.
“Pengiktirafan terhadap Prof Ahmad Fauzi adalah berdasarkan sumbangan besar beliau dalam penyelidikan teknologi membran dan penggunaan yang pelbagai. Impak kajian beliau menjangkau secara global,…