

Peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, kencing manis dan tekanan darah tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia pada usia lebih muda menunjukkan keperluan mendesak untuk mengubah pendekatan negara terhadap penjagaan kesihatan.
Perunding kesihatan dan gaya hidup aktif, Murad Zaidi, berkata trend itu membimbangkan kerana ramai individu hanya mula memberi perhatian kepada kesihatan selepas disahkan menghidap penyakit tertentu.

Katanya, keadaan itu berlaku ketika semakin ramai rakyat Malaysia menunjukkan tanda awal gangguan metabolik dan penyakit kronik ketika masih berada pada usia produktif.
“Ramai beranggapan masalah kesihatan serius hanya berlaku apabila usia lanjut.
“Hakikatnya, ramai individu seawal lewat 30-an dan awal 40-an sudah mengalami tekanan darah tinggi, keletihan kronik, gangguan…