Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Neelofa Bakal Tunjuk Wajah Bilal Tak Lama Lagi

today29 September 2022

Background

Pengacara dan usahawan, Neelofa memberitahu peminat akan melihat wajah anak lelaki iaitu Muhammad Bilal tidak lama lagi.

Menurut Neelofa, dia dan suaminya Haris Ismail mahu cahaya mata mereka itu membesar seperti kanak-kanak lain tanpa membataskan pembesarannya.

“Bilal membesar dengan baik dan sekarang dia dah mula merangkak. Saya dan suami pun tak nak sekat pembesaran anak.

“Nak dia besar sama juga seperti kanak-kanak lain yang akan membesar. Bila Bilal dah boleh jalan, sudah tentu kami akan bawa dia ke taman dan tak lama lagi akan bawa pergi bercuti.

“Waktu itu, tak boleh dah nak sekat-sekat atau tutup muka dia. Anda semua dah boleh lihat,” kata Neelofa.

Neelofa atau lebih mesra Lofa juga berkata dia bagaimanapun akan cuba mengawal situasi jika keadaan itu berlaku kelak.

“Sebagai ibu bapa, saya dan Haris cuma akan memastikan keadaan terkawal sahajalah dan sesuai jika ada yang mahu melihat atau mahu bergambar.

“Apa yang saya harapkan ialah mereka pun boleh hormati privasi. Kalau ada yang nak tengok nanti, saya tunjuk saja wajah Bilal. Tidaklah saya nak tutup kalau orang ternampak.

“Setakat ini, saya bersyukur kerana ramai kalangan peminat yang menghormati ruang privasi saya dan Bilal,” katanya.

Terdahulu, Neelofa berkahwin dengan pendakwah bebas Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung itu pada 29 Januari lalu.

Sumber: Gempak

Written by: Aqilah


Previous post