Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Neelofa Banyak Belajar Selepas Kahwin

today8 November 2024

Background

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa memilih untuk tidak memberikan sebarang ulasan atau kata-kata nasihat mengenai krisis rumah tangga yang melanda ramai rakan selebriti sejak kebelakangan ini.

Ketika ditanya pihak media mengenai perkara terbabit, bekas hos program Nona TV3 ini mengunci mulut dan pada masa yang sama, Neelofa mendoakan yang terbaik buat rakan artis.

“Perkahwinan saya masih baharu, masih setahun jagung. Ketika ini, saya juga harus banyak dalami ilmu untuk menjadi isteri yang terbaik.

“Saya rasa saya sendiri juga ada banyak perkara yang perlu ditambah baik dan diperbaiki sebagai isteri sebelum saya bersuara, mengulas dan bagi nasihat serta pendapat mengenai perkara terbabit.

“Kalau saya sudah mendirikan rumah tangga selama 20 atau 30 tahun, nak bagi nasihat tu, saya rasakan okay sahaja. Tetapi untuk isu yang melanda rakan-rakan artis kebelakangan ini, saya tidak mahu komen sebab takut hati mereka terguris.

“Pada saya, hanya suami dan isteri yang faham keadaan mereka hadapi. Mereka saja tahu kebenarannya. Kita sebagai orang yang melihat dan mendengar ini tidak boleh bercakap apa-apa. Doakan yang terbaik,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata lelaki ini memanjatkan rasa syukur dikurniakan pendakwah bebas, Haris Ismail yang menjadi seorang suami yang baik.

Menurut Neelofa, Haris tidak pernah putus asa mengajar dan membimbingnya untuk menjadi seorang isteri yang baik mengikut syariah.

“Banyak yang saya belajar selepas berkahwin. Mungkin sebab saya juga datang dari keluarga yang berpecah. Jadi, saya tak banyak belajar depan mata. Tapi, banyak yang diajar oleh suami saya. Contoh, macam mana nak meletakkan seorang isteri itu dalam aras rumah tangga.

“Walaupun kita seorang yang dikenali, ada perniagaan, ada nama, ada kuasa, siapa sahaja kita, bila kita dah melangkah masuk rumah, kita kena tahu kedudukan kita sebagai isteri. Cara saya bercakap, cara saya menjawab, cara bergurau… Semua itu berbalik kepada rasa hormat saya kepada suami.

“Kita tak boleh bergurau dengan dia seperti kawan atau kenalan. Dia ada satu cara yang berbeza, macam cara kita hormat ibu bapa kita. Bila disulamkan dengan hormat, baru kita boleh bezakan cara percakapan. Lelaki perlukan perkara terbabit,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

 

Neelofa ditemui XTRA di majlis pelancaran stroller edisi terhad Hamilton x Neelofa di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hamilton Malaysia (@hamiltonmalaysia)

 

Neelofa yang merupakan wajah wakilan bagi jenama kelengkapan bayi itu hadir bagi sama-sama merasmikan ‘stroller’ bayi edisi terhad Timeless Elegance itu.

Ia hadir menerusi tiga warna yang menarik, bersama hiasan corak yang bermotifkan elemen batik.

Written by: Aqilah


Previous post