Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Neelofa Kongsi ‘Sipi-Sipi’ Wajah Bilal, Netizen Puji Nampak Kacak – “Rambut Perang, Sebijik Macam Mat Salih…”

today28 July 2022

Background

Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dilihat hampir mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal dalam sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram Stories miliknya.

Namun, selepas memuat naik video tersebut menerusi akaun peribadinya, pemilik akaun peminatnya yang dikenali sebagai @lofa.world pula menjadi tumpuan selepas berkongsi hantaran yang sama.

Menerusi video tersebut, kelihatan Bilal sedang menepuk-menepuk meja dengan tangannya yang kelihatan gebu selepas diberi makan.

“First finger food! Habis dia penyek dengan tangan sado dia,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by neelofa.fans (@lofa.world)

 

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah, dalam video berkenaan Neelofa dilihat mendedahkan raut wajah Bilal lebih banyak berbanding sebelum ini.

Malah, dalam video tersebut jelas kelihatan rambut Bilal yang berwarna keperang-perangan seperti Mat Salih sekaligus ada yang menganggap rupa Bilal memiliki iras, Jebat Jayden.

Menjengah diruangan komen, rata-rata pengikut selebriti popular itu teruja dengan perkongsiannya kali ini dan berharap, Neelofa akan mendedahkan wajah anak sulungnya itu tidak lama lagi.

Terdahulu, Neelofa dan suaminya, PU Riz memaklumkan kepada semua peminat untuk tidak mendedahkan wajah Bilal sehingga tiba masa yang sesuai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by neelofa.fans (@lofa.world)

 

Written by: Salma


Previous post