Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Neelofa Kongsi Video PU Riz Bermanja Dengan Bilal – “Hati Ini Bahagia Bila…”

today22 September 2022

Background

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi perbualan rata-rata netizen setelah berkongsi sebuah video putera sulungnya, Muhammad Bilal bersama suami tercinta, Haris Ismail atau PU Riz.

Video berdurasi 11 saat itu dimuat naik oleh bekas pengacara program Nona menerusi akaun TikTok dan ruangan Instagram Story miliknya semalam.

“Yang buat hati ini bahagia bila dapat luang masa bersama suami dan anak, berkumpul dengan keluarga, travel dan sudah tentunya berniaga.

“Love you both, LillahiTaala,” tulisnya sebagai kapsyen dalam video tersebut.

Bagaimanapun, Neelofa menutup ruangan komen video tersebut di TikTok.

Pasangan bahagia ini masih belum berkongsi wajah Bilal kepada umum, namun menurut Neelofa mereka akan berkongsi juga suatu hari nanti pada waktu yang sesuai.

Semasa artikel in ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 108,000 tontonan dan lebih 1,000 dikongsi.

Neelofa dan Pu Riz, 27, berkahwin pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.

Written by: Aqilah


Previous post