Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Neelofa Panas Hati, Tinggalkan Komen Pedas Isu Pengasuh Tak Bertanggungjawab Dera Budak

today3 April 2024

Background

Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor merupakan antara rakan artis yang terpanggil meluahkan rasa geramnya terhadap tindakan biadab pengasuh anak kepada pempengaruh media sosial Indonesia, Emy Aghnia yang didera baru-baru ini .

Meskipun insiden menyayat hati itu berlaku di negara jiran, namun ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh memandangkan kes tersebut melibatkan kanak-kanak kecil.

“Memang tak ada rupa manusia kalau dapat ni,” katanya menerusi komen balas hantaran video berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AGHNIA ? (@emyaghnia)

 

Malah, dalam hantaran sama, Neelofa juga sempat menitipkan doa agar setiap kanak-kanak sentiasa berada didalam jagaan  dan lindungan Allah SWTtidak kira dimana juga mereka berada.

“Saya doakan supaya anak-anak kita dalam jagaan, lindungan Allah SWT di mana pun dan dengan siapa meeka berada,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AGHNIA ? (@emyaghnia)

 

Terdahulu, Emy Aghnia mendedahkan, anaknya yang berusia tiga tahun telah didera oleh pengasuh yang sudah dianggapnya sebagai keluarga sendiri ketika ketiadaannya di rumah akibat tuntutan kerja.

Insiden itu juga menyebabkan dia mengalami trauma dan sukar untuk tidur selepas menyaksikan rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan anak perempuannya itu didera dan dipukul dibahagian mata, kepala dan telinga didalam bilik tidur.

Selain Neelofa, antara selebriti Malaysia yang turut terkesan dengan penderaan itu adalah Elfira Loy, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aeril Zafril dan juga Mira Filzah.

Written by: Salma